MINGGU 11 : PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG & PEMBAHAGIAN DAN BELAHAN
KERATAN BATANG LEMBUT: Contoh Tanaman – Pokok Daun Ixora Ambil bahagian batang yang termuda sekali dan masih hijau; Buat keratan sepanjang 10-15cm berserta 2-3 helai daun; Celup pangkal batang dengan hormone pengalak akar; Semai keratan didalam lubang-lubang kecil yang telah disediakan diatas medium pengakaran atau semai terus ke dalam plastik politena yang bersesuaian; Siram persekitaran sehingga medium menjadi lembap; Letakkan semaian di tempat yang terlindung; Catit jenis dan jumlah yang disemai dengan menyatakan tarikh penyemaian di dalam lebal yang di simpan di tepi pasu atau beg politena. KERATAN BATANG SEDERHANA: Contoh Tanaman: Pokok Bunga Raya Ambil bahagian dahan yang baru matang; Buat keratan sepanjang 10-20cm dan di sertakan dengan beberapa helai daun; Celup pangkal dahan dengan hormone pengalak akar; Semai keratan di dalam lubang-lubang kecil yang telah di sediakan di atas medium; Siram persekitaran keratan sehingga medi...