MINGGU 11 : PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG & PEMBAHAGIAN DAN BELAHAN

KERATAN BATANG LEMBUT:  
Contoh Tanaman – Pokok Daun Ixora
Ambil bahagian batang yang termuda sekali dan masih hijau;
Buat keratan sepanjang 10-15cm berserta 2-3 helai daun;
Celup pangkal batang dengan hormone pengalak akar;
Semai keratan didalam lubang-lubang kecil yang telah disediakan diatas medium pengakaran atau semai terus ke dalam plastik politena yang bersesuaian;
Siram persekitaran sehingga medium menjadi lembap;
Letakkan semaian di tempat yang terlindung;
Catit jenis dan jumlah yang disemai dengan menyatakan tarikh penyemaian di dalam lebal yang di simpan di tepi pasu atau beg politena.
 
KERATAN BATANG SEDERHANA:
Contoh Tanaman: Pokok Bunga Raya
Ambil bahagian dahan yang baru matang;
Buat keratan sepanjang 10-20cm dan di sertakan dengan beberapa helai daun;
Celup pangkal dahan dengan hormone pengalak akar;
Semai keratan di dalam lubang-lubang kecil yang telah di sediakan di atas medium;
Siram persekitaran keratan sehingga medium menjadi lembap;
Letakkan semaian di tempat yang terlindung;
Catit jenis dan jumlah yang di semai dengan menyatakan tarikh penyemaian di dalam lebal yang di simpan ditepi pasu atau beg politena.
 
KERATAN BATANG KERAS:
Contoh Tanaman: Pokok Simpur
Ambil dahan yang mudah mengeluarkan akar iaitu daripada dahan dan batang yang telah lama matang;
Buat keratan sepanjang 2m atau lebih;
Celup pangkal dahan dengan hormon pengalak akar;
Tanam keratan batang keras terus ke dalam beg politena atau pasu;
Siram persekitaran keratan sehingga medium menjadi lembap;
Letakkan semaian di tempat yang terlindung;
Catit jenis dan jumlah yang di semai dengan menyatakan tarikh penyemaian di dalam lebal yang di simpan ditepi pasu atau beg politena.










kami diberi pelbagai jenis sayur-sayuran untuk kaedah pembahagian & belahan. Saya telah mengambil bawang putih, lengkuas dan pokok daun pegaga untuk penanaman tersebut. Bawang putih ditanam tiga ulas untuk setiap pasu. Ia dipanggil bebawang manakala lengkuas di tanam dan dipanggil sebagai rizom. Pokok daun pegaga turut ditanam tiga batang untuk setiap satu pasu.
          Kami turut didedahkan dengan penggalak pokok. Penggalak tersebut mempunyai dua jenis iaitu cecair dan serbuk. Kami menggunakan jenis serbuk. Fungsinya dalah untuk mengeluarkan akar bagi kaedah keratan batang. Akar akan cepat keluar jika menggunakan penggalak akar tersebut. penggalak akar mempunyai tiga nombor iaitu nombor satu untuk batang lembut, nombor dua untuk batang sederhana dan nombor tiga untuk batang keras. Nama penggalak akar tersebut adalah IBA iaitu Indol YLBultyric Acid. Bahan lain yang menggantikan penggalak akar adalah ajinamoto dan cube know (perasa). 

Comments

Popular posts from this blog

MINGGU 1 : MENGGEMBUR BATAS DAN MEMBAJA

MINGGU 14 : TEKNIK CANTUMAN BAJI