Posts

Showing posts from February, 2018

MINGGU 2 : MEMBAJA DAN PEMBERSIHAN TEMPAT

Image
Assalamualaikum semua rakan-rakan pembaca blog , Untuk entri kali kedua ini kami akan mengongsikan dengan  teliti berkenaan baja, dan pembersihan tempat.dan memandangkan kami ada  didedahkan dengan kaedah hidroponik. DEFINISI BAJA Baja ialah sebatian kimia yang diberikan kepada tumbuhan-tumbuhan untuk menggalakkan pertumbuhan. Ia seringkali dikenakan ke atas tanah, tetapi boleh juga diletakkan terus pada akar atau disembur pada daun-daun tumbuhan. Baja terbahagi kepada dua, iaitu baja asli dan kimia. Baja asli , kadangkala dikenali sebagai baja organik, mengandungi bahan-bahan organik atau berasal daripada organisma hidup. Baja kimia pula, kadangkala dikenali sebagai baja tak organik atau baja buatan, mengandungi bahan-bahan kimia tak organik atau galian-galian. Baja boleh wujud secara semula jadi seperti gambut dan bahan galian, atau dikilangkan setelah melalui proses semula jadi (seperti penguraian) atau proses kimia (seperti proses Haber ). Sebatian kimia sebegini m

MINGGU 1 : MENGGEMBUR BATAS DAN MEMBAJA

Image
Assalamualaikum semua rakan-rakan pembaca blog, Kami merupakan pelajar kepada Dr Husna Bt Abd. Wahid.Dan terdapat beberapa orang tenaga kerja yang bakal membantu kami untuk pemudahcara pembelajaran ini iaitu Puan Sarinah,Encik Faris dan Cik abang.Daripada post yang dihantar seminggu sekali ini,kami akan mengongsikan apa yang kami sebagai bakal cikgu kh pelajari dalam kursus SPPL1212 PENGURUSAN DAN PEMBIAKAN TANAMAN. Kami terdiri daripada tiga orang dalam satu kumpulan,kumpulan ni ditubuhkan untuk kami menyelesaikan tugasan blog ini.Daripada kiri,Erin Nazeerah, Nur Najwa dan Laila. Jadi untuk menceritakan aktiviti kami pada hari pertama kami diladang ini,kami mulakan dahulu dengan peraturan dan langkah keselamatan yang kami perlu ikuti sepanjang melakukan kerja diladang.  Peraturan Dan Langkah Keselamatan di Ladang : 1)Masuk ke kawasan ladang dengan pengetahuan Dr ataupun pembantu (tenaga kerja).Peraturan untuk kami masuk ke ladang untuk menjaga tanaman kam