MINGGU 2 : MEMBAJA DAN PEMBERSIHAN TEMPAT
Assalamualaikum semua rakan-rakan pembaca blog ,
Untuk entri kali kedua ini kami akan mengongsikan dengan teliti berkenaan baja, dan pembersihan tempat.dan memandangkan kami ada didedahkan dengan kaedah hidroponik.
Baja najis haiwan
TANDA KEKURANGAN BAJA PADA TUMBUHAN
CARA MENYEDIAKAN MEDIUM PENANAMAN
LANGKAH 3 : gaul ketiga - tiga bahan medium tersebut.
Untuk entri kali kedua ini kami akan mengongsikan dengan teliti berkenaan baja, dan pembersihan tempat.dan memandangkan kami ada didedahkan dengan kaedah hidroponik.
DEFINISI BAJA
- Baja ialah sebatian kimia yang diberikan kepada tumbuhan-tumbuhan untuk menggalakkan pertumbuhan. Ia seringkali dikenakan ke atas tanah, tetapi boleh juga diletakkan terus pada akar atau disembur pada daun-daun tumbuhan.
- Baja terbahagi kepada dua, iaitu baja asli dan kimia.
- Baja asli, kadangkala dikenali sebagai baja organik, mengandungi bahan-bahan organik atau berasal daripada organisma hidup.
- Baja kimia pula, kadangkala dikenali sebagai baja tak organik atau baja buatan, mengandungi bahan-bahan kimia tak organik atau galian-galian.
- Baja boleh wujud secara semula jadi seperti gambut dan bahan galian, atau dikilangkan setelah melalui proses semula jadi (seperti penguraian) atau proses kimia (seperti proses Haber).
- Sebatian kimia sebegini menjadikan halaman, taman-taman dan tanah tampak lebih indah kerana ia membekalkan zat-zat penting yang menggalakkan kesuburan tumbuhan.
- Baja diformulasi khusus bagi tujuan tertentu, contohnya untuk membantu pertumbuhan daun atau pengeluaran buah. Ia lazimnya mengandungi tiga unsur kimia utama, iaitu nitrogen, fosforus dan kalium dalam kadar yang berbeza-beza.
JENIS - JENIS BAJA
A. Baja Asli (Organik )
Definisi Baja Organik
Baja yang dihasilkan daripada asalnya benda hidup
seperti haiwan, hidupan seni atau tumbuhan dan kemudian mati dan seterusnya
melalui peroses pereputan. Contoh:
• Kompos
• Baja najis haiwan (kandang) - reput
• Hasil sampingan kilang berasaskan pertanian
Kompos
Serbuk tulang,
serbuk ikan, dan lain-lain. Kompos adalah bahan organik yang stabil hasil
daripada proses penguraian atau pereputan bahan organik mentah dengan bantuan pelbagai jenis keadaan
aerobik dan cara tertentu. Dihasilkan melalui proses penguraian secara
semulajadi.
Baja najis haiwan
Najis ternakan
yang dijadikan sebagai baja, sama ada digunakan secara terus atau setelah diproses.
Biasanya, najis tersebut diasingkan daripada rumput dan sampah, dan disimpan
selama 40 hari sehingga mengalami penguraian bakteria bagi menghasilkan baja
kompos. Baja ini boleh digunakan terus atau dikeringkan. Baja ini dalam bentuk
kering sering digunakan kerana keadaannya yang lebih mudah ditangani dan tidak
berbau. Contoh baja najis haiwan; najis ayam, najis lembu, najis kambing.
Hasil sampingan
kilang berasaskan pertanian
Hasil sampingan dari pertanian seperti tandan kelapa
sawit, dihancurkan menjadi hampas dan dijadikan baja.
B. Baja Kimia
Baja Kimia
Definisi
Baja Kimia Baja yang dihasilkan daripada kilang melalui peroses kimia,
percampuran atau sebatian yang diberikan kepada tanaman bagi memenuhi keperluan
tanaman.
Fungsi Membaja
|
|
|
|
|
BENTUK FIZIKAL BAJA
Baja terdiri daripada
pelbagai bentuk diantaranya :
• Berbutir / pellet / kokei
• Debu
• Prill
• Cecair (foliar)
TANDA KEKURANGAN BAJA PADA TUMBUHAN
TANDA KEKURANGAN
BAJA PADA TANAMAN
|
|
NUTRIEN
|
TANDA KEKURANGAN
|
Nitrogen (N)
|
Daun menjadi kuning, khususnya daun tua tidak berlaku keseluruhan.
Urat-urat daun juga menjadi kuning.
|
Fosforus (P)
|
Saiz daun lebih kecil.
|
Kalium (K)
|
Tanda mula-mula kelihatan pada daun yang tua. Ciri-ciri kekuningan
pada hujung daun dan merebak ke tepi daun.Seterusnya kawasan kekuningan
menjadi nekrosis dan berwarna perang.
|
Kalsium (Ca)
|
Kebantutan pokok yang teruk, daun kecil dengan nekrosis pada hujung
daun muda dan daun tua.
|
Magnesium (Mg)
|
Kekuningan pada daun tua bermula daripada kawasan interkosta
berhampiran urat daun dan merebak ke bahagian tepi. Urat-urat daun masih
kekal hijau. Daun-daun masih kekal hijau. Daun-daun yang terlibat akan luruh.
|
Sulfur (S)
|
Tanda mula-mula kelihatan pada daun muda yang kekal kecil dan bertukar
warna menjadi kuning, sementara urat daun masih kekal hijau. Daun-daun yang
terlibat menjadi cembung di bahagian permukaan atas
|
Ferum (Fe)
|
Daun yang muda mengalami klorosis dengan urat-urat daun masih kekal
hijau dan menjadi lebih jelas.
|
Mangan (Mn)
|
Pokok menjadi bantut, daun-daun tua mengalami klorosis dan menjadi
kuning sementara urat-urat daun masih kelihatan hijau.
|
Kuprum (Cu)
|
Pucuk daun menjadi kerekot dengan perubahan warna perang di bahagian
tepi, diikuti dengan mati rosot pucuk terminal. Seterusnya terdapat
proliferasi pucuk lateral yang juga mudah diserang mati rosot.
|
PERBEZAAN BAJA KIMIA DAN BAJA ORGANIK
Bil
|
Baja Organik
|
Baja Kimia
|
1
|
Baja semula jadi samada dari sisa haiwan atau sisa tumbuhan yang mengalami proses pereputan. |
Baja Buatan manusia dan melibatkan proses kimia dalam proses pembuatanya. |
2
|
Lebih berbau jika dibandingkan dengan baja kimia. |
Tiada bau |
3
|
Penggunaan baja organic lebih selamat berbanding baja kimia. |
Penggunaan baja kimia akan memudaratkan kesihatan. |
4
|
Lebih murah malahan lebih mesra alam kerana penggunaan semula sisa haiwan dan sisa tumbuhan. |
Lebih mahal |
5
|
Tidak larut ke dalam tanah. |
Larut ke dalam tanah |
6
|
Bebas dari penggunaan bahan kimia. |
Kebanyakkan menggunakan bahan kimia. |
LANGKAH 1 : sediakan ketiga-tiga bahan medium penanaman dan tapis bahan tersebut secara berasingan.
LANGKAH 2 : sukat bahan medium mengikut nisbah seperti nisbah 3:2:1 dimana nisbah 3 ialah tanah loam, nisbah 2 ialah bahan organik, dan nisbah 1 ialah pasir
![]() |
TANAH LOAM |
![]() |
PASIR |
![]() |
BAJA ORGANIK (NAJIS AYAM)
|

Comments
Post a Comment