MINGGU 1 : MENGGEMBUR BATAS DAN MEMBAJA
Assalamualaikum semua rakan-rakan pembaca blog,
Kami merupakan pelajar kepada Dr Husna Bt Abd. Wahid.Dan terdapat beberapa orang tenaga kerja yang bakal membantu kami untuk pemudahcara pembelajaran ini iaitu Puan Sarinah,Encik Faris dan Cik abang.Daripada post yang dihantar seminggu sekali ini,kami akan mengongsikan apa yang kami sebagai bakal cikgu kh pelajari dalam kursus SPPL1212 PENGURUSAN DAN PEMBIAKAN TANAMAN.
Kami terdiri daripada tiga orang dalam satu kumpulan,kumpulan ni ditubuhkan untuk kami menyelesaikan tugasan blog ini.Daripada kiri,Erin Nazeerah, Nur Najwa dan Laila.
Kami terdiri daripada tiga orang dalam satu kumpulan,kumpulan ni ditubuhkan untuk kami menyelesaikan tugasan blog ini.Daripada kiri,Erin Nazeerah, Nur Najwa dan Laila.
Jadi untuk menceritakan aktiviti kami pada hari pertama kami diladang ini,kami mulakan dahulu dengan peraturan dan langkah keselamatan yang kami perlu ikuti sepanjang melakukan kerja diladang.
Peraturan Dan Langkah Keselamatan di Ladang :
1)Masuk ke kawasan ladang dengan pengetahuan Dr ataupun pembantu (tenaga kerja).Peraturan untuk kami masuk ke ladang untuk menjaga tanaman kami tidak terhad masanya.Kunci ladang juga salah seorang daripada kami akan pegang dan bukakan jika kami memerlukan untuk masuk ke ladang.Sangat seronok bukan?(kami boleh buat kerja dengan tidak terikat pada masa-masa yang tertentu)
2)Pakaian pula, bertshirt dan berseluar tracksuit.Adalah digalakkan untuk bertopi,bersarung tangan dan berkasut getah(aksesori tambahan).Aksesori tambahan ini adalah penting untuk memastikan kelangsungan aktiviti menanam dapat dibuat dengan baik selain untuk elakkan kecederaan.
3) Ketika bekerja mesin, alatan dan bahan mestilah digunakan dengan kaedah yang betul.
4)Alatan tangan dan bahan yang lebih yang tidak ingin digunakan lagi hendaklah disimpankan didalam stor alat tangan dan stor bahan.
5)Bergurau ketika melakukan amatlah tidak digalakkan kerana dikuatiri ketika bergurau kita tidak sedar boleh mencederakan diri tanpa sedar.
6)Sebarang kerosakan alat dan mesin boleh dilaporkan kepada pembantu ladang.
7)Pelajar perlu sentiasa mematuhi peraturan pengunaan bahan,alat tangan dan mesin yang betul selain sentiasa smenjaga keselamatan diri.
Setelah kami diberitahu serba sedikit berkenaan peraturan dan keselamatan di ladang.
Kami dibawa oleh Puan Sarinah untuk memilih batas.Rakan-rakan tahu tak batas itu apa???
Mari kita lihat dan fahami bersama apa yang dimaksudkan dengan batas.
Batas merupakan satu kawasan tanah yang di tinggikan untuk pertanian atau tanaman sayuran selain untuk perkebunan dalam bahasa mudahnya di tanah tinggi tersebut dengan tujuan bagi memastikan tanaman tidak tenggelam kedalam air.
Batas yang dibuat oleh kami adalah berukuran 10 kaki panjang dan 4 kaki lebar.Tanah atas bagi kawasan batas perlu dibersihkan terlebih dahulu daripada rumpai yang terdapat di kawasan tanah tersebut yang terdiri daripada rumput, rumpai parit dan bendaasing lain seperti batu batan.
Rumpai adalah tumbuhan yang tumbuh pada tempat ia tidak dikehendaki.Dalam kata lainnya, rumpai merupakan tumbuhan yang dianggap oleh pengguna dari segi menggangu dan tidak diingini dalam kawalan manusia. Pembersihan tapak batas mengikut secara berseorangan,namun aktiviti kerjasama dalam satu kursus masih diperlukan untuk melangsungkan aktiviti yang dijalankan.
Aktiviti menggembur tanah pula dilakukan setelah merumpai di kawasan batas.Menggembur tanah boleh dilakukan dengan menggunakan serampang tanah dan sudip(kawasan tanaman yang kecil) dan menggunakan cangkul atau jentera(kawasan yang luas dan besar).
Menggembur tanah bermaksud menghancurkan tanah yang telah dirumpai menjadi kecil, hal ini demikian kerana menggembur tanah dapat membantu tanaman untuk membiak dengan baik terutama sekali bahagian akar dan percambahan bijih benih tanaman tersebut.Dalam ladang kami yang berbatas pada saiz 10 kaki x 4 kaki itu, kami menggembur menggunakan cangkul.Kami menggembur pada kedalaman 30cm.
Tips tambahan!😄😄😄
Kelebihan menggembur tanah:
1.Menjadikan medium tanah lebih berongga dan sesuai untuk akar tanaman menyerap air dan membesar dengan baik menggunakan nutrien yang ada dalam tanah.
2.Medium yang digembur memudahkan tanah menembusi dan akar mudah untuk menyerap udara.
3.Dengan menggembur tanah, rumpai yang wujud dapat dikawal dengan baik agar tidak terlalu tumbuh dikawasan tanaman dengan liarnya.
Setelah kami menggembur tanah, kami meneruskan aktiviti kami dengan membaja. Membaja adalah aktiviti yang dijalankan dengan menggunakan baja.Baja bermaksud bahan kimia atau organik yang membantu tanaman untuk hidup dengan suburnya.Baja terdiri daripada dua jenis baja iaitu baja kimia dan baja organik.
Kami diberikan baja kimia untuk menyuburkan tanah yang telah lama ditinggalkan dan digunakan banyak kali.Pada minggu yang pertama ini kami diberikan baja NPK dengan nisbah 15:15:15.N bermaksud nitrogen, P bermaksud phosphorus dan K bermaksud kalium.Penggunaan Nitrogen dalam tanaman tersebut adalah untuk kehijauan daun.Phosphorus adalah untuk akar yang subur dan penggunaan kalium untuk pembesaran tanaman.
Membaja pada permulaan ini menggalakkan kesuburan tanah,cara untuk membaja adalah lebih baik tidak ditaburkan baja tinggi-tinggi agar baja yang ditabur tidak terbang begitu sahaja ditiup angin.Elakkan membaja menggunakan tangan secara terus tanpa berlapik kerana baja bersifat panas.
Seterusnya kawan-kawan nak tahu kami meneruskan aktiviti kami di ladang dengan menyemai benih tomato.Penyemaian benih tomato ini , kami akan gunakan untuk MINI STEAM CARNIVAL, di booth JUNIOR GARDENER.Di bawah terdapat beberapa lampiran gambar untuk tatapan rakan-rakan.
Comments
Post a Comment