MINGGU 5 : PENJARANGAN TUMBUHAN DAN FERTIGASI

Penjarangan
  • Satu proses pembuangan anak benih / pokok yang tumbuh terlalu rapat di antara satu sama lain
  • penjarangan adalah suatu tindakan pengurangan banyaknya tanaman untuk memberi ruang tumbuh bagi tanaman yang tersisa.
  • Dalam penyemaian, biasa dilakukan penanaman secara agak berlebihan jumlah tanaman untuk mengompensasi kegagalan perkecambahan.
  • Pada umur tertentu, akan dilakukan penjarangan agar kepadatan populasi mencapai tingkat yang paling optimal untuk mencapai hasil yang maksimum. 
  • Sebab-sebab penjarangan adalah untuk mengurangkan anak benih/ pokok bersaing untuk mendapatkan cahaya, air dan nutrien. Disamping itu untuk menentukan tumbesaran yang sekata dan hasil yang tinggi. 



Panduan untuk penjarangan :
Penjarangan dilakukan dengan mencabut pokok atau memotong batang dengan pisau yang tajam

video berkaitan penjarangan sayur kangkung. :)


fertigasi 
  • Istilah fertigasi dibentuk daripada dua perkataan bahasa Inggeris iaitu fertigation (pembajaan) dan irrigation (pengairan)
  • Fertigasi adalah kaedah pemberian baja melalui sistem pengairan titis.
  • Dalam sistem ini, cecair baja disalurkan di dalam pengairan. Ketersediaan nutrien di dalam sistem ini tinggi membolehkan baja diambil oleh tanaman dengan efisien.
  • Dalam kaedah ini, baja cecair dan baja larut air digunakan. Peningkatan efisien baja meningkat 80 hingga 90 peratus dengan penggunaan sistem ini.
  • Kaedah ini banyak digunakan dalam sistem tanaman tanpa menggunakan tanah.
  • Penanaman fertigasi merupakan pertanian moden yang boleh menjanakan keuntungan kepada usahawan.
  • Kaedah ini lebih mudah,selesa dan tidak memenatkan.
  • Menggunakan media tanaman saperti sekam padi,cocopeat atau camporan kedua nya.
  • Nutrient atau baja cecair di alirkan ke pokok melalui saluran pengairan yang diukur dengan sukatan masa tertentu mengikut pembesaran pokok.


kelebihan fertigasi:

Nutrien lengkap dikawal ikut pertumbuhan pokok 


Menjamin kebersihan dan menghindar penyakit 

Mengatasi masalah bawaan tanah  

Kualiti hasil yang lebih baik dan cantik 


Penggunaan baja yang cekap dan jimat

Mengurangkan penggunaan racun


Modal pusingan yang rendah


Meningkatkan hasil pengeluaran  

Masalah merumpai sangat rendah  

kelemahan fertigasi:

Modal yang tinggi bagi memulakan projek

Memerlukan kemahiran


Keroskan sistem membawa kerugian 


video tentang cara-cara fertigasi. :)
https://www.youtube.com/watch?v=yAiOThqU3Uc



Comments

Popular posts from this blog

MINGGU 1 : MENGGEMBUR BATAS DAN MEMBAJA

MINGGU 11 : PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG & PEMBAHAGIAN DAN BELAHAN

MINGGU 14 : TEKNIK CANTUMAN BAJI