MINGGU 3 : MINI STEAM CARNIVAL DAN SEMAIAN BIJI BENIH

MINI STEAM CARNIVAL

Pada 25 Feb 2018, Perpustakaan Sultan Ismail MBJB Larkin dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia telah mengadakan Mini STEAM Carnival. penyertaan tersebut telah disertai oleh pelajar-pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di sekitar kawasan tersebut. Seramai 250 orang pelajar rendah dan 80 orang pelajar sekolah menengah.

Pada hari tersebut, pelajar kelas kami iaitu 2SPPH telah terlibat dengan karnival tersebut. Kami telah membuka booth Junior Gardener. Booth tersebut telah mendapat sambutan daripada pelajar-pelajar kerana kami telah memberi anak poko secara percuma dan mengadakan kuiz untuk para pelajar. Hadiah misteri telah diberikan oleh kami kepada pelajar-pelajar yang telah mendapat jawab kuiz tersebut.


Pelajar yang datang ke booth kami


Antara Fasilitator yang terlibat dengan Junior Gardener 💗







SEMAIAN BIJI BENIH

Aktiviti pada hari seterusnya adalah penanam biji benih. Kami telah diajar dengan cara penanaman biji benih. Sebelum semaian biji benih dilakukan diatas batas kami, racun serangga milation telah disembur terlebih dahulu sebelum semaian tersebut. Ini kerana, serangga yang terdapat pada batas tersebut dapat dimatikan sbelum semaian kerana biji benih sangat manis sebelum tumbuh. 

Semburan racun serangga


Setelah selesai, batas perlu diratakan dan alur perlu dilakukan supaya mudah untuk semaian biji benih tersebut. Batas tersebut diratakan terlebih dahulu sebelum alur dilakukan dan kami telah menanam 2 jenis biji benih iaitu sawi hong kong dan bayam bulat. Proses-proses ini perlulah mengikut langkah-langkah yang telah diajar supaya proses semaian dapat dilakukan dengan sempurna.


Alur yang telah dilakukan

Proses meratakan batas sebelum alur dilakukan

Seterusnya, proses taburan biji benih dilakukan. Biji benih yang akan ditabur telah digaul bersama lima sudu pasir bersamaan satu paket biji benih supaya semasa semaian berlaku, biji benih tersebut mempunyai jarak untuk tumbuh. Semaian tersebut dilakukan secara individu diatas batas masing-masing. Akhirnya, proses tersebut diteruskan dengan penutupan batas dengan net hitam supaya semasa penyiram dilakukan biji benih tidak dibawa bersama air. Ini kerana terdapat sekatan semasa proses penyiraman dilakukan. Net tersebut ditutup selama 5 hari selepas waktu semaian dilakukan.

Biji benih ditabur pada alur yang telah dilakukan


Batas ditutup dengan net hitam selama 5 hari daripada proses semaian











Comments

Popular posts from this blog

MINGGU 1 : MENGGEMBUR BATAS DAN MEMBAJA

MINGGU 11 : PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG & PEMBAHAGIAN DAN BELAHAN

MINGGU 14 : TEKNIK CANTUMAN BAJI