MINGGU 4 : FERTIGASI,JAGAAN TANAMAN DAN SEMAIAN BENIH SAYURAN DAUN HIJAU




Assalamualaikum semua rakan-rakan pembaca blog,salam sejahtera,
 salam UTM sanjungan bangsa,salam muafakat Johor dan salam satu Malaysia.
 ðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜Š
Permulaan bagi minggu ke-4 ini kami melakukan 3 aktiviti utama , iaitu :
  1. Fertigasi hidroponik
  2. Jagaan tanaman
  3. Semaian benih sayuran daun hijau (tambahan)

FERTIGASI,dengan kata mudahnya adalah proses membaja mengunakan medium air(hidroponik) sebagai perantara bagi nutrien menyerap dalam tanaman.

Penyediaan tempat fertigasi :
  1. Rak besi yang telah ada didalam ladang digunakan semula untuk menjadi tapak utama tempat fertigasi ini.
  2. Rak besi tersebut dibuang karatnya oleh kami sekelas menggunakan  kertas pasir.
  3. Sebahagian daripada kami, menyediakan hos untuk kawasan aliran air baja tersebut.
  4. Kami diajar oleh Cik Abang, membuat ukuran daripada hujung paip pvc yang berdiameter 25mm sebanyak 10cm.Diikuti ukuran sebanyak 2.5cm kemudian 10cm semula sehingga akhir paip pvc tersebut.
  5. Paip pvc tersebut ditebuk menggunakan mesin tebuk lubang berdiameter 5cm.
  6. Sayuran yang ingin dimasukkan dalam bekas diuraikan tanahnya dengan membersihkan tanah yang ada pada akar sayuran tersebut menggunakan air.
  7. Sayuran tersebut dimasukkan dalam bekas kecil yang boleh dimasukkan dalam lubang paip pvc yang telah ditebuk.(dengan kapas yang berjuntai agar akar dapat menyerap air didalam paip).
  8. Air didalam paip pvc diisi dengan baja.
  9. Kami tidak meletakkan pam udara dan hidupan seperti ikan didalam medium air yang ada.Maka apa yang kami hasilkan adalah tumbuhan dengan sistem hidroponik dan diterapkan dengan proses fertigasi.
Info tambahan :
Paip pvc = tidak lutsinar (dapat elakkan rumpai tumbuh).

Rakan-rakan tahu apakah kelebihan fertigasi?
Okay,disini kami akan mengongsikan sedikit kelebihan fertigasi dalam inovasi penanaman sayur kini.
  1. Proses menanam sayur-sayuran khususnya dapat dilakukan pada bila-bila masa.
  2. Masalah rumpai dapat dikurangkan/dielakkan.
  3. Dapat mengatasi maslah tanah yang tidak cukup.
  4. Masalah kekurangan nutrien untuk tanaman dapat dielakkan.
Banyak kan rakan-rakan? Kelebihan dalam mengamalkan sistem fertigasi ini.Walaupun terdapat banyak manfaatnya namun terdapat juga kekurangan dalam sistem fertigasi ini,antaranya :

  1. Modal untuk memulakan sistem tersebut agak tinggi.
  2. Memerlukan kualiti air yang baik.
  3. Memerlukan bekas yang tidak lutsinar (modal tinggi).
  4. Kos baja yang tinggi,serta pengetahuan yang kurang berkenaan baja yang sesuai untuk sistem fertigasi ini.
Gambar ketika proses fertigasi:
    








































JAGAAN TANAMAN.

       Setelah lima hari menjaga tanaman kami.Hasilnya pada kelas kami minggu ini,kami akan membuka paranet yang dipasang pada hari semaian benih yang lepas.Paranet yang dipasang adalah untuk melindungi benih yang disemai daripada terkena cahaya matahari yang terlalu panas.


   





             Seterusnya,kami dipantau  oleh Cik Abang Dan En. Faris serta Puan Sarinah untuk melihat perkembangan tumbuhan kami.Hasil daripada pemerhatian,jika tumbuhan yang membesar sangat sikit selain tidak kelihatan cambahan daun,maka paranet perlu dipasang semula dan begitu jugalah sebaliknya.Setelah selesai, kami menyemburkan sedikit racun malathion dengan tujuan untuk membunuh semut-semut yang ada dikeliling batas kami.Racun malathion disembur menggunakan bekas spray air serta memakai sarung tangan(glove).


              
Semaian sayuran daun hijau :

          



























Comments

Popular posts from this blog

MINGGU 1 : MENGGEMBUR BATAS DAN MEMBAJA

MINGGU 11 : PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG & PEMBAHAGIAN DAN BELAHAN

MINGGU 14 : TEKNIK CANTUMAN BAJI