MINGGU 6 :PERPAIPAN FERTIGASI




Pada minggu ini, kami telah didedahkan mengenai sistem fertigasi. Sebelum sistem fertigasi dilakukan, kami dikenalkan dengan beberapa jenis alatan yang digunakan semasa sistem fertigasi dilakukan. Berikut merupakan alatan yang digunakan didalam sistem fertigasi iaitu:-


L joint
T joint
Straight joint

timer
valve

Seterusnya, selepas diperkenalkan dengan peralatan tersebut, kami diajar cara pemasangan bagi sistem fertigasi. Caranya sangat mudah dan boleh dilakuakn sendiri dirumah atau sekolah jika mempunyai pam untuk penyaliran baja dan air tersebut. baja dan air yang disalur mempunyai masa yang telah ditetapkan untuk baja dan air tersebut keluar dan menyiram secara automatik terhadap pokok-pokok tersebut. 



LANGKAH PENYERDIAAN SISTEM FERTIGASI

1. Penyediaan tapak
2. Pemasangan silvershine
3. Susunan alas bata untuk polibeg
4. Pemasangan polipaip untuk paip utama dan pembahagi untuk kawasan tanaman dan dari tangki baja.
5. Pemasangan pam air dan pengatur masa (optional)
6. Menyediakan media tanaman
7. Menyusun polibeg ke kawasan tanaman
8. Memasang peralatan siraman ke setiap polibeg dan paip poli
9. Penyelarasan tahap siraman dan kadar baja yang diperlukan.
10. Penyelenggaraan berkala.



Sebahagian daripada proses fertigasi (pemasangan alatan)



Apa itu fertigasi?

Fertigasi adalah sistem penanaman yang bersifat penyiraman automatik. Bahkan, bukan sahaja penyiraman automatik, sistem pembajaan untuk setiap pokok juga seragam. Ini bertepatan dengan nama fertigasi(Fertigation) ; Fertilizer & Irrigation.

Fertilizer: Baja, pemberian baja kepada pokok.

Irrigation: Siraman, proses pemberian air yang mencukupi keperluan pokok.









Comments

Popular posts from this blog

MINGGU 1 : MENGGEMBUR BATAS DAN MEMBAJA

MINGGU 11 : PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG & PEMBAHAGIAN DAN BELAHAN

MINGGU 14 : TEKNIK CANTUMAN BAJI