MINGGU 7 : MENUAI DAN MENJUAL HASIL SAYURAN DI BATAS

Assalamualaikum semua...
Untuk semua,pada minggu ini kami daripada kursus 2spph akan menjual!!!

Yeayyyy,rakan-rakan nak tahu pada minggu 7 ini kami akan menuai semua tanaman sayuran kami yang dituai benihnya daripada minggu 1.Memandangkan pada minggu 8, kami akan memulakan cuti separuh semester kami.Maka kami menjual semua  tanaman sayuran kami dalam minggu 7 ini juga.Jadi untuk jenis tanaman sayuran yang kami lakukan antaranya adalah sayur bayam merah,sayur bayam hijau, sayur pak choi,dan sawi.

Hmmmm,cerita sahaja pasti tidak senorok kan.Mari kita samasama melihat stesen-stesen yang kami telah wujudkan dalam dalam proses daripada hasil sayur di atas batas sehinggalah sayur dijaja untuk dihabiskan jualan.

Stesen SATU   : MENUAI
Stesen DUA     : MEMBASUH  
Stesen TIGA    : MENIMBANG
Stesen EMPAT :AMBIL TEMPAHAN JUALAN 
Stesen LIMA    :MENJUAL 


Stesen SATU   : MENUAI
Pada stesen ini, kami menggunakan alatan seperti  :
1.sudip tangan
2. sarung tangan
3.tray plastik yang bersaiz besar
4.kasut boot yang sesuai untuk menanam





Stesen DUA     : MEMBASUH
Ladang kami disediakan dengan beberapa batang paip.Paip yang berdekatan dengan batas yang kami gunakan untuk bercucuk tanam ada 3.Berikut beberapa tempat tumpuan kami untuk membasuh sayuran yang telah dituai segar.

                                                                                                   
     

Stesen TIGA    : MENIMBANG

Penimbang yang ada di ladang kami gunakan untuk menimbang sayuran.
Kami mengikut berat yang telah ditetapkan oleh Dr Husna untuk kami bungkus sayuran yang telah siap di basuh itu.


Stesen EMPAT :AMBIL TEMPAHAN JUALAN 
Ketika kami menimbang sayuran mengikut sukatan yang telah ditetapkan oleh Dr Husna.Dengan berbekalkan gambar yang telah kami ambil ketika menuai sayuran di batas,dipromosikan oleh Dr Husna kami.

Stesen LIMA    :MENJUAL 
Kami menjual sayuran yang telah siap ditimbang kepada yang telah membuat tempahan.Dan membawa juga beberapa bungkus tambahan sayuran yang siap ditimbang untuk dijual.Tempat-tempat utama kami adalah di kawasan fakulti-fakulti terutamanya fakulti pendidikan







Comments

Popular posts from this blog

MINGGU 1 : MENGGEMBUR BATAS DAN MEMBAJA

MINGGU 11 : PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG & PEMBAHAGIAN DAN BELAHAN

MINGGU 14 : TEKNIK CANTUMAN BAJI