MINGGU 12 : KATEGORI SERANGGA PEROSAK DI LADANG
SERANGGA PEROSAK.
TA'ARIFAN SERANGGA PEROSAK adalah bermaksud serangga yang menjejaskan pertumbuhan sayuran atau buahan dengan memakan bahagian pada sayuran atau buahan.
JENIS SERANGGA
- Afid
- Anai-anai
- Anak Dara Cina
- Belalang juta
- Belalang kunyit
- Belalang perang
- Bena putih
- Kesing
- Koya
- Kumbang daun
- Kumbang tepung
- Kutu jagung
- Kutu trip
- Lalat buah
- Lalat gergaji
- Lalat lobak merah
- Lalat putih
- Lipas
- Rama-rama plutella
- Ulat pengorek batang
Anai-anai
Anai-anai merosakkan tumbuhan dengan membuat sarang dalam tanah atau kayu yang merupakan makanan utama anai-anai.
|
Afid (aphid)
Afid merupakan antara serangga yang merosakkan tumbuhan dengan menghisap cecir pada tumbuhan.
|
Anak Dara Cina Serangga ini bersama dengan anaknya iaitu nimfa akan memakan cecair pokok milkweed, bijibenih dan kadang kala cecair tumbuhan yang lain juga dimakan. |
Belalang juta Belalang juta bertindak dalam memusnahkan tumbuhan dengan memakna tumbuhan hijau seberat jisim barat mereka pada setiap hari dengan memakan bahagian daun, bunga, kulit kayu, batang, buah dan benih.Tanaman berisiko apabila belalang ini datang menyerbu kerana belalang ini tidak hadir dalam kuantiti yang sedikit. |
Bena perang Bena perang dianggap sebagai serangga perosak kerana ia mampu merosakkan tanaman padi dengan menghisap cairan pokok dari tisu-tisu pembekal air dan makanan. Serangan Bena perang yang teruk mampu mengakibatkan pokok menjadi kering dan mati, dan sekiranya serangan itu tidak dikawal dan menjadi serius, ini menyebabkan hasil padi berkurangan. Bena perang menyerang pokok padi (Oryza sativa L.) dan merupakan perosak utama pokok padi, yang merupakan makanan ruji bagi hampir separuh dari penduduk dunia.[3] Bena perang merosakkan pokok padi secara langsung dengan memakan dan menyebar dua virus, virus pembantut padi "rice ragged stunt" dan virus pembantut rumput padi". Serangan Bena perang mampu menjejaskan sehingga 60% tuaian padi. |
Bena putih Bena putih (Nilaparvata lugens) merupakan serangga perosak tanaman. Ia merupakan benah kecil yang makan pokok padi. |
Kesing Kesing ialah serangga dalam superfamili Pentatomoidea, suborder Heteroptera, order Hemiptera, yang mempunyai bahagian mulut menghisap. |
Koya Koya adalah sejenis serangga perosak kecil dalam keluarga Pseudococcidae, dijumpai di iklim panas dan lembap. Koya berbentuk bujur telur, berwarna merah muda atau putih dan mengeluarkan cairan manis. |
Kumbang daun Kumbang daun biasanya dikenali dengan formula tarsusnya, iaitu kelihatan seperti 4-4-4, tapi sebenarnya ialah 5-5-5.[2] Ia dibezakan dengan kesukaran daripada kumbang sesungut panjang (keluarga Cerambycidae) dengan sesungutnya tidaktimbul dari tuberkel hadapan. Kumbang daun dewasa dan larvanya makan semua jenis tisu tumbuhan. Kebanyakannya menjadi serangga perosak kepada pertanian ekonomi yang penting, contohnya kumbang kentang Colorado (Leptinotarsa decemlineata), kumbang asparagus (Crioceris asparagi), kumbang daun bijirin (Oulema melanopus), dan pelbagai kumbang pinjal. |
Kumbang tepung Kumbang tepung makan gandum dan bijiran lain dan menyesuaikan diri untuk hidup di persekitaran yang sangat kering dan dapat menahan jumlah radiasi yang tinggi (lebih daripada lipas).Kumbang tepung ialah serangga perosak utama dalam industri pertanian dan sangat tahan pada racun perosak. |
Kutu jagung Spesies ini menyerang tanaman dan produk bijirin yang disimpan, termasuk gandum , beras , betari ,oat ,barli ,rai ,gandum kuda ,pea, dan biji kapas. Kutu jagung juga merosakkan jenis produk bijirin lain yang diproses dan disimpan, seperti pasta, ubi kayu,dan pelbagai bijirin kasar dan kisar. Kutu jagung dikenali menyerang buah-buahan semasa disimpan, seperti epal. |
Kutu trip Kutu trip merupakan serangga kecil dan langsing yang mempunyai sayap berjumbai.kutu ini makan daripada berbagai sumber, kedua0duanya tumbuhan dan haiwan dengan mencucuknya dan menghisap isinya. |
Lalat buah Lalat buah amat sukakan buah-buahan.Lalat ini akan menggerumuni buah-buahan. |
Lalat gergaji Lalat gergaji, yang betina gunakan untuk memotong ke dalam tumbuhan di mana ia bertelur. Populasi besar spesies lalat gergaji tertentu dapat menyebabkan kemusnahan ekonomi yang cukup besar pada hutan dan tanaman. |
Lalat lobak merah Lalat ini kebiasaannya akan merosakkan lobak merah namun lalat ini juga menyerang parsli dan daun saderi. |
Lalat putih Lalat putih merupakan lalat yang akan ,dikenalpasti akan makan bahagian bawah daun tumbuhan. |
Lipas Lipas hidup dengan memakan sisa makan yang terbiar.Lipas dikatakan hidup lebih awal dimuka bumi sebelum tamadun manusia bermula.Lipas mampu meneruskan hidup walaupun letupan atom terkena di muka bumi sekali pun. |
Rama-rama plutella Rama-rama ini juga dikenali sebagai kupu-kupu eropah. |
Belalang kunyit Belalang kunyit sama kaedah perosakkannya seperti belalang lainnya iaitu dengan memakan daun tutup bumi di estet getah dan ladang kelapa sawit. |
Comments
Post a Comment