MINGGU 13:PEMBIAKAN SECARA TUT DAN RACUN ORGANIK
PEMBIAKAN SECARA TUT
→Pembiakan tumbuhan secara tut merupakan satu teknik pembiakan yang di lakukan pada dahan atau ranting yang masih terlekat pada pokok induk atau salah satu daripada kaedah pembiakan tampang dimana sebahagian daripada bahagian tumbuhan itu digunakan sebagai asas untuk pembiakan. Teknik ini menyekat bahagian yang terlibat dari mendapat makanan dan air dari pokok induk. Apabila dahan itu tersekat dari memperolehi makanan dan air maka keluarlah akar pada dahan tersebut untuk mencari makanan dan air
Alat pembiakan tut:
1. Pisau cantuman
2. Gunting pemangkas/scatteurs
3. Tali
4. Plastik pembungkus (lutsinar)
5. Hormon /penggalak akar (saradix)
6. Media tanaman
Langkah-Langkah Pembiakan
1. Sediakan medium dengan nisbah 1:1 (1 bahagian tanah loam: 1 bahagian bahan organic)
2. Campurkan medium ini dengan air dan buat medium ini seperti bola
3. Pilih dahan yang sesuai untuk dibuat tut,iaitu dahan yang mempunyai anggaran diameter 1.50cm. Dahan yang diambil perlulah dahan yang berada dihujung-hujung pokok induk.
4. Buat dua kelaran pada dahan.
6. Kikis Kambium, agar tiada lagi pengaliran air didalam xilem bahagian dalam itu.
7. Sapu hormon pengakaran/penggalak akar pada bahagian atas kelaran menggunakan penggalak akar no2 kerana saiz dahannya yang sederhana.
8. Lekapkan medium yang telah dibentukkan seperti bola itu pada kelaran dahan.
9. Balutkan dengan plastik lutsinar dan ikat balutan dengan tali

RACUN ORGANIK
Langkah-langkah untuk menyediakan racun organic yang sangat mudah:
sediakan 1 buku bawang putih, 6 biji lada cili merah, cuka, sabun basuh, dan air 1liter
racikkan bawang putih dan cili merah
blanderkan bawang putih dan cili tersebut dengan 300ml air
tapis dengan penapis, kemudian masukkan 200ml air
sekiranya racun tersebut hendak digunakan, masukkan 1 sudu cuka, 1 sudu sabun basuh, dan 500ml air.
HASIL RACUN ORGANIK
Comments
Post a Comment