MINGGU 14 : TEKNIK CANTUMAN BAJI

KAEDAH CANTUMAN BAJI

Cantuman baji merupakan kaedah mencantumkan pokok daripada pokok asal atau pokok induk untuk menghasilkan pelbagai warna bagi pokok bunga atau dijadikan sebagai pokok tumpang. Antara pokok-pokok yang boleh dibajikan adalah  pokok bunga bougainvilla, bunga raya, pokok jambu dan lain-lain pokok.

PERALATAN YANG DIPERLUKAN

(1) Pisau kecil
(2) Parafilm
(3) Plastik
(4) Tali

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT CANTUMAN BAJI

(1) Pilih ranting atau dahan yang lembut dan masih muda untuk dicantumkan pada pokok asal.
(2) Potong atau trim hujung pokok asal dan bersihkan daun disekeliling bagi mengelakkan proses transpirasi yang tinggi.
(3) Potong belah pada tengah-tengah ranting sedalam 2cm panjang.
(4) Pangkal tunas pokok yang hendak dicantum dipotong secara menyerong tajam seperti baji


(5) Sambungkan ranting yang telah dipotong serong tadi ke belahan pokok penanti.


(6) Kemudian balut bahagian cantuman tadi dengan pita parafilm.


(7) Sungkupkan keseluruhan pokok dengan plastik lutsinar bagi mengelakan dehydration atau pucuk kering dengan cepat. Ikatkan dengan kemas pada hujung dahan dan biarkan sehingga dahan A dan B tercantum.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

MINGGU 1 : MENGGEMBUR BATAS DAN MEMBAJA

MINGGU 11 : PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG & PEMBAHAGIAN DAN BELAHAN