Posts

MINGGU 14 : TEKNIK CANTUMAN BAJI

Image
KAEDAH CANTUMAN BAJI Cantuman baji merupakan kaedah mencantumkan pokok daripada pokok asal atau pokok induk untuk menghasilkan pelbagai warna bagi pokok bunga atau dijadikan sebagai pokok tumpang. Antara pokok-pokok yang boleh dibajikan adalah  pokok bunga bougainvilla, bunga raya, pokok jambu dan lain-lain pokok. PERALATAN YANG DIPERLUKAN (1) Pisau kecil (2) Parafilm (3) Plastik (4) Tali LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT CANTUMAN BAJI (1) Pilih ranting atau dahan yang lembut dan masih muda untuk dicantumkan pada pokok asal. (2) Potong atau trim hujung pokok asal dan bersihkan daun disekeliling bagi mengelakkan proses transpirasi yang tinggi. (3) Potong belah pada tengah-tengah ranting sedalam 2cm panjang. (4) Pangkal tunas pokok yang hendak dicantum dipotong secara menyerong tajam seperti baji (5) Sambungkan ranting yang telah dipotong serong tadi ke belahan pokok penanti. (6) Kemudian balut bahagian cantuman tadi dengan pita parafilm. (7) Sun

MINGGU 13:PEMBIAKAN SECARA TUT DAN RACUN ORGANIK

Image
PEMBIAKAN SECARA TUT →Pembiakan tumbuhan secara tut merupakan satu teknik pembiakan yang di lakukan pada dahan atau ranting yang masih terlekat pada pokok induk  atau salah satu daripada kaedah pembiakan tampang dimana sebahagian daripada bahagian tumbuhan itu digunakan sebagai asas untuk pembiakan . Teknik ini menyekat bahagian yang terlibat dari mendapat makanan dan air dari pokok induk.   Apabila dahan itu tersekat dari memperolehi makanan dan air maka keluarlah akar pada dahan tersebut untuk mencari makanan dan air Alat pembiakan tut: 1.   Pisau cantuman 2.   Gunting pemangkas/scatteurs 3.   Tali 4.   Plastik pembungkus (lutsinar) 5.   Hormon /penggalak akar (saradix) 6.   Media tanaman Langkah-Langkah Pembiakan 1.   Sediakan  medium dengan nisbah 1:1 (1 bahagian tanah loam: 1 bahagian bahan organic) 2.   Campurkan medium ini dengan air dan buat medium ini seperti bola 3.   Pilih dahan yang sesuai untuk dibuat tut,iaitu dahan yang mempunyai ang

MINGGU 12 : KATEGORI SERANGGA PEROSAK DI LADANG

Image
SERANGGA PEROSAK. TA'ARIFAN SERANGGA PEROSAK adalah bermaksud serangga yang menjejaskan pertumbuhan sayuran atau buahan dengan memakan bahagian pada sayuran atau buahan. JENIS SERANGGA Afid Anai-anai Anak Dara Cina Belalang juta Belalang kunyit Belalang perang Bena putih Kesing  Koya Kumbang daun Kumbang tepung Kutu jagung Kutu trip Lalat buah Lalat gergaji Lalat lobak merah Lalat putih Lipas Rama-rama plutella Ulat pengorek batang Anai-anai Anai-anai merosakkan tumbuhan dengan membuat sarang dalam tanah atau kayu yang merupakan  makanan utama anai-anai. Afid (aphid) Afid merupakan antara serangga yang merosakkan tumbuhan dengan menghisap cecir pada tumbuhan. Anak Dara Cina Serangga ini bersama dengan anaknya iaitu nimfa akan memakan cecair pokok milkweed, bijibenih dan kadang kala cecair tumbuhan yang lain juga dimakan. Belalang juta Belalang juta bertindak dalam memusnahkan tumbuhan dengan memakna tumbuhan hijau seberat j

MINGGU 11 : PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG & PEMBAHAGIAN DAN BELAHAN

Image
KERATAN BATANG LEMBUT:    Contoh Tanaman – Pokok Daun Ixora Ambil bahagian batang yang termuda sekali dan masih hijau; Buat keratan sepanjang 10-15cm berserta 2-3 helai daun; Celup pangkal batang dengan hormone pengalak akar; Semai keratan didalam lubang-lubang kecil yang telah disediakan diatas medium pengakaran atau semai terus ke dalam plastik politena yang bersesuaian; Siram persekitaran sehingga medium menjadi lembap; Letakkan semaian di tempat yang terlindung; Catit jenis dan jumlah yang disemai dengan menyatakan tarikh penyemaian di dalam lebal yang di simpan di tepi pasu atau beg politena.   KERATAN BATANG SEDERHANA: Contoh Tanaman: Pokok Bunga Raya Ambil bahagian dahan yang baru matang; Buat keratan sepanjang 10-20cm dan di sertakan dengan beberapa helai daun; Celup pangkal dahan dengan hormone pengalak akar; Semai keratan di dalam lubang-lubang kecil yang telah di sediakan di atas medium; Siram persekitaran keratan sehingga medium menjadi lem

MINGGU 10 : VIDEO MENGAJAR FOTOSINTESIS, RESPIRASI & TRANSPIRASI

VIDEO FOTOSINTESIS   ( Nur Najwa Binti Noor Azman ) VIDEO RESPIRASI ( Laila Binti Adnan ) VIDEO TRANSPIRASI ( Nur Erin Nazeerah Binti Mahalil ) Sekian.. .😊

MINGGU 9 : STRUKTUR SOKONGAN ANAK POKOK

STRUKTUR SOKONGAN ANAK POKOK  Struktur sokongan  perlu dibuat kepada jenis sayur yang tumbuh memanjat atau mempunyai batang yang lemah. T erdapat empat jenis struktur sokongan:  1. struktur sokongan kayu tunggal 2. struktur sokongan kayu junjung 3. struktur sokongan berpara  4. struktur sokongan berpagar.   * Bahan sokongan seperti kayu junjung ( untuk sayur jenis kekacang ), kayu tunggal ( lada cili )berpara ( sayur jenis buah ) dan berpagar ( sayur yang mempunyai batang yang lembut ) *  Contoh sayuran untuk 4 jenis sistem sokongan: 1.  Sokongan kayu tunggal §   lada hitam §   lada cili 2. Sokongan kayu junjung §   kacang panjang 3. Sokongan berpara §   peria §   petola 4. Sokongan berpagar §   tomato

MINGGU 7 : MENUAI DAN MENJUAL HASIL SAYURAN DI BATAS

Image
Assalamualaikum semua... Untuk semua,pada minggu ini kami daripada kursus 2spph akan menjual!!! Yeayyyy,rakan-rakan nak tahu pada minggu 7 ini kami akan menuai semua tanaman sayuran kami yang dituai benihnya daripada minggu 1.Memandangkan pada minggu 8, kami akan memulakan cuti separuh semester kami.Maka kami menjual semua  tanaman sayuran kami dalam minggu 7 ini juga.Jadi untuk jenis tanaman sayuran yang kami lakukan antaranya adalah sayur bayam merah,sayur bayam hijau, sayur pak choi,dan sawi. Hmmmm,cerita sahaja pasti tidak senorok kan.Mari kita samasama melihat stesen-stesen yang kami telah wujudkan dalam dalam proses daripada hasil sayur di atas batas sehinggalah sayur dijaja untuk dihabiskan jualan. Stesen SATU   : MENUAI Stesen DUA     : MEMBASUH   Stesen TIGA    : MENIMBANG Stesen EMPAT :AMBIL TEMPAHAN JUALAN  Stesen LIMA    :MENJUAL  Stesen SATU   : MENUAI Pada stesen ini, kami menggunakan alatan seperti  : 1.sudip tangan 2. sarung tangan 3.