Posts

Showing posts from March, 2018

MINGGU 7 : MENUAI DAN MENJUAL HASIL SAYURAN DI BATAS

Image
Assalamualaikum semua... Untuk semua,pada minggu ini kami daripada kursus 2spph akan menjual!!! Yeayyyy,rakan-rakan nak tahu pada minggu 7 ini kami akan menuai semua tanaman sayuran kami yang dituai benihnya daripada minggu 1.Memandangkan pada minggu 8, kami akan memulakan cuti separuh semester kami.Maka kami menjual semua  tanaman sayuran kami dalam minggu 7 ini juga.Jadi untuk jenis tanaman sayuran yang kami lakukan antaranya adalah sayur bayam merah,sayur bayam hijau, sayur pak choi,dan sawi. Hmmmm,cerita sahaja pasti tidak senorok kan.Mari kita samasama melihat stesen-stesen yang kami telah wujudkan dalam dalam proses daripada hasil sayur di atas batas sehinggalah sayur dijaja untuk dihabiskan jualan. Stesen SATU   : MENUAI Stesen DUA     : MEMBASUH   Stesen TIGA    : MENIMBANG Stesen EMPAT :AMBIL TEMPAHAN JUALAN  Stesen LIMA    :MENJUAL  Stesen SATU   : MENUAI Pada stesen ini, kami menggunakan alatan seperti  : 1.sudip tangan 2. sarung tangan 3.

MINGGU 6 :PERPAIPAN FERTIGASI

Image
Pada minggu ini, kami telah didedahkan mengenai sistem fertigasi. Sebelum sistem fertigasi dilakukan, kami dikenalkan dengan beberapa jenis alatan yang digunakan semasa sistem fertigasi dilakukan. Berikut merupakan alatan yang digunakan didalam sistem fertigasi iaitu:- L joint T joint Straight joint timer valve Seterusnya, selepas diperkenalkan dengan peralatan tersebut, kami diajar cara pemasangan bagi sistem fertigasi. Caranya sangat mudah dan boleh dilakuakn sendiri dirumah atau sekolah jika mempunyai pam untuk penyaliran baja dan air tersebut. baja dan air yang disalur mempunyai masa yang telah ditetapkan untuk baja dan air tersebut keluar dan menyiram secara automatik terhadap pokok-pokok tersebut.  LANGKAH PENYERDIAAN SISTEM FERTIGASI 1. Penyediaan tapak 2. Pemasangan silvershine 3. Susunan alas bata untuk polibeg 4. Pemasangan polipaip untuk paip utama dan pembahagi untuk kawasan tanaman dan dari tangki baja. 5. Pemasangan

MINGGU 5 : PENJARANGAN TUMBUHAN DAN FERTIGASI

Penjarangan Satu proses pembuangan anak benih / pokok yang tumbuh terlalu rapat di antara satu sama lain penjarangan adalah suatu tindakan pengurangan banyaknya tanaman untuk memberi ruang tumbuh bagi tanaman yang tersisa. Dalam penyemaian , biasa dilakukan penanaman secara agak berlebihan jumlah tanaman untuk mengompensasi kegagalan perkecambahan. Pada umur tertentu, akan dilakukan penjarangan agar kepadatan populasi mencapai tingkat yang paling optimal untuk mencapai hasil yang maksimum.  Sebab-sebab penjarangan adalah untuk mengurangkan anak benih/ pokok bersaing untuk mendapatkan cahaya, air dan nutrien. Disamping itu untuk menentukan tumbesaran yang sekata dan hasil yang tinggi.  Panduan untuk penjarangan : Penjarangan dilakukan dengan mencabut pokok atau memotong batang dengan pisau yang tajam video berkaitan penjarangan sayur kangkung. :) https://www.youtube.com/watch?v=haMH34WXeYs fertigasi   Istilah fertigasi dibentuk daripada dua

MINGGU 4 : FERTIGASI,JAGAAN TANAMAN DAN SEMAIAN BENIH SAYURAN DAUN HIJAU

Image
Assalamualaikum semua rakan-rakan pembaca blog,salam sejahtera,  salam UTM sanjungan bangsa,salam muafakat Johor dan salam satu Malaysia.  ðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜Š Permulaan bagi minggu ke-4 ini kami melakukan 3 aktiviti utama , iaitu : Fertigasi hidroponik Jagaan tanaman Semaian benih sayuran daun hijau (tambahan) FERTIGASI ,dengan kata mudahnya adalah proses membaja mengunakan medium air( hidroponik ) sebagai perantara bagi nutrien menyerap dalam tanaman. Penyediaan tempat fertigasi : Rak besi yang telah ada didalam ladang digunakan semula untuk menjadi tapak utama tempat fertigasi ini. Rak besi tersebut dibuang karatnya oleh kami sekelas menggunakan  kertas pasir. Sebahagian daripada kami, menyediakan hos untuk kawasan aliran air baja tersebut. Kami diajar oleh Cik Abang, membuat ukuran daripada hujung paip pvc yang berdiameter 25mm sebanyak 10cm.Diikuti ukuran sebanyak 2.5cm kemudian 10cm semula sehingga akhir paip pvc tersebut. Paip pvc tersebut ditebuk mengguna

MINGGU 3 : MINI STEAM CARNIVAL DAN SEMAIAN BIJI BENIH

Image
MINI STEAM CARNIVAL Pada 25 Feb 2018 , Perpustakaan Sultan Ismail MBJB Larkin dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia telah mengadakan Mini STEAM Carnival . penyertaan tersebut telah disertai oleh pelajar-pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di sekitar kawasan tersebut. Seramai 250 orang pelajar rendah dan 80 orang pelajar sekolah menengah. Pada hari tersebut, pelajar kelas kami iaitu 2SPPH telah terlibat dengan karnival tersebut. Kami telah membuka booth Junior Gardener. Booth tersebut telah mendapat sambutan daripada pelajar-pelajar kerana kami telah memberi anak poko secara percuma dan mengadakan kuiz untuk para pelajar. Hadiah misteri telah diberikan oleh kami kepada pelajar-pelajar yang telah mendapat jawab kuiz tersebut. Pelajar yang datang ke booth kami Antara Fasilitator yang terlibat dengan Junior Gardener 💗 SEMAIAN BIJI BENIH Aktiviti pada hari seterusnya adalah penanam biji benih. Kami telah diajar dengan cara penanaman biji